RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAJUK PEMBINAAN

PEMBINAAN

Cadangan masa : 60 minit
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi
Standard pembelajaran utama: ST 12.3.2 Membuat pelbagai binaan (menggunakan bahan seperti blok
                                                                  lego) mengikut kreativiti sendiri dan menceritakan
                                                                  pembinaannya.
Standard Pembelajaran yang disepadukan: BM2.2.8 Menjawab soalan secara kreatif
Objektif Pembelajaran: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menggunakan 
                                       pelbagai bahan untuk membuat binaan dan menyatakan alasan mengapa 
                                       binaan dibuat.

Konsep utama: Membina pelbagai bentuk binaan mengikut kreativiti.
Kosa kata: Mereka bentuk, pelbagai binaan, kreativiti dan alasan pembinaan.
Alat bantu mengajar: lego, bongkah kayu.

Langkah Pengajaran

1. Murid berkumpul di pusat perbualan pagi.
2. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan
3. Guru menerangkan aktiviti membuat pelbagai binaan menggunakan bahan cantuman lego,
     untuk membuat kereta, lori dan rumah.
4. Setiap kumpulan diberikan dengan bahan-bahan tertentu
     a) Kumpulan 1-lego
     b) Kumpulan 2-bongkah kayu
     c) Kumpulan 3- kotak
5. Murid diberikan kebebasan untuk membuat apa-apa binaan daripada bahan tersebut.

6. Guru bersoal jawab dan memberi bimbingan kepada setiap kumpulan.
    Contoh soalan:
     i) Mengapa kamu memilih bentuk bulat?
    ii) Mengapa kamu pilih blok yang lebih besar?
7. Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap dan menerangkan mengenai pembinaan
    yang dihasilkan.

8. Guru memberikan peneguhan kepda setiap hasil kerja.



No comments:

Post a Comment